Posts

Showing posts from March, 2014

DR ASRI, UZAR, UST FATHUL BARI :menangkis tomahan kepada pembawa pembaha...

Image
Siapakah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab? Beliau dilahirkan pada 1703 di Najd, Arab Saudi dan meninggal pada 1792M. Sebagaimana orang lain yang biasanya dilahirkan di dalam keluarga ulama', beliau mendapat pendidikan agama terawal daripada ayahnya sendiri Syaikh Abdul Wahab. Seterusnya beliau belajar bersama beberapa ulama' lain di Madinah termasuklah Syeikh Abdullah bin Ibrahim bin Saif an-Najdi dan Syeikh Muhammad Hayah al-Sindi. Kontroversi yang tercetus Kotroversi yang tercetus adalah kerana gerakan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab telah dituduh sebagai ekstremis dan sangat keras membid'ah kan orang. Hakikatnya, gejala khurafat dan syirik berada di kemuncaknya di zaman beliau dan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab bangkit untuk membanteras hal ini. Seperti contoh, masyarakat di zaman itu memohon hajat di makam, Zaid ibn al-Khattab, saudara kandung Umar al-Khattab yang gugur sebagai syuhada ' Yamamah ketika menentang nabi palsu, M

Elak taksub dalam agama

Image
  NILAI agama terletak sepenuhnya pada wahyu. Oleh itu kita perlu memperbetulkan metodologi dalam berkomunikasi dan berbicara mengenainya. Tidak kira ustaz atau sesiapa saja berkaitan agama, perkara pokoknya adalah sumber, dan bagaimana sumber itu diulas. Dengan itu, manusia bebas daripada gejala taksub kepada individu mahupun kumpulan tertentu. Ini kerana agama Islam ini asasnya bersumberkan al- Quran dan hadis, bukan bersumberkan pendapat manusia. Islam adalah agama yang berbeza dengan agama lain. Umat Islam diberikan asas untuk beribadat dan asas untuk beragama. Jika melihat agama Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan paderi dan rahib sebagai tandingan selain ALLAH SWT. Oleh itu Nabi Muhammad SAW ketika menegur sahabatnya yang memeluk Islam yakni ‘Ady ibn Hatim RA, apabila dia datang kepada Baginda SAW dalam keadaan memakai salib. Nabi Muhammad SAW memintanya agar menanggalkan salib tersebut. Baginda SAW membaca firman ALLAH: “Mereka menjadikan oran

Pentingnya Bahasa Arab...moga bermanfaat...^_^

Image
Kamis, 23 Juni 2011 22:14:30 WIB PENTINGNYA BAHASA ARAB [1] Imam Syafi'i berkata: "Manusia tidak menjadi bodoh dan selalu berselisih paham kecuali lantaran mereka meninggalkan bahasa Arab, dan lebih mengutamakan konsep Aristoteles". [2] Itulah ungkapan Imam Syafi'i buat umat, agar kita jangan memarginalkan bahasa kebanggaan umat Islam. Seandainya sang imam menyaksikan kondisi umat sekarang ini terhadap bahasa Arab, tentulah keprihatian beliau akan semakin memuncak. Bahasa Arab berbeda dengan bahasa-bahasa lain yang menjadi alat komunikasi di kalangan umat manusia. Ragam keunggulan bahasa Arab begitu banyak. Idealnya, umat Islam mencurahkan perhatiannya terhadap bahasa ini. Baik dengan mempelajarinya untuk diri mereka sendiri ataupun memfasilitasi dan mengarahkan anak-anak untuk tujuan tersebut. Di masa lampau, bahasa Arab sangat mendapatkan tempat di hati kaum muslimin. Ulama dan bahkan para khalifah tidak melihatnya dengan sebelah mata. Fashaha

JANGAN CAMPURI URUSAN IBADAH KITA DENGAN SYIRIK,KHURAFAT,BIDAAH DAN MAKSIAT

Image
{JANGAN CAMPURI URUSAN IBADAH KITA DENGAN SYIRIK,KHURAFAT,BIDAAH DAN MAKSIAT,KERANA IANYA ASBAB TERGUGURNYA PAHALA AMAL SOLEH,UMPAMA DEBU YANG BERTERBANGAN}    قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَب ُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka

Iran..Syiah atau Sunni... jum baca nie...

Adakah Iran Negara Islam Atau Iran Negara Syiah? Dengan rendah hati...di sini saya cuba kongsikan kepada anda semua berkaitan dengan negara Iran...pasti ramai yang tertanya-tanya...siapakah Iran sebenar...mungkin ada dalam kalangan kita rasa kagum bila negara Iran disebut-sebut...apa tidaknya, Iran kan pnyai kuasa Nuklear tersendiri...hinggakan negara-negara besar takut dengan Iran...tidak lupa diri saya sendiri...sebelum saya tahu siapa negara Iran sebenar...apa status negara ni...saya amat kagum dengan Iran...namun,kini sebaliknya telah berubah...bila banyak membaca bahan ilmiah hinggakan dapat kenal dan memahi siapa Syiah yang amat berkait rapat dengan negara Iran...mohon,segala apa yang saya kongsi, sekiranya terdapat kesilapam...mohon betulkan...moga bermanfaat untuk kita semua...   Iran Adalah Negara Syiah, Bukan Negara Islam BETUL, jika kita mendengar perkataan ‘Iran’, fikiran kita akan menuju Timur Tengah dan membayangkan orang-orang Arab. Timur