Ada Benarnya...Namun Perlu Penjelasan...

ada satu kata kata daripada seorang pendakwah yang tidak asing, bila sebut nama, sudah pasti orang mengenalinya... seluruh Malaysia amat suka dengannya...dialah Ustaz Azhar Idrus...
pelbagai kata kata indah yang telah dilontarkan...semuanya berkisarkan nasihat meliputi semua lapisan masyarakat... saya tertarik dengan satu kata kata...

sungguh indah kata kata ini, namun disini dengan rendah diri...saya suka kongsikan satu artikel lengkap yang cuba menjelaskan akan kebenaran statement ini... apa yang baik kita kongsi bersama...yang salah kita betulkan...dan yang betul kita pegang sebagai pedoman hidup kita...

Ramai orang yang berkongsikan di Facebook bahawa jika seorang anak perempuan tidak menutup aurat atau memakai tudungnya, maka ibu bapanya terutamanya bapanya akan dihumban ke dalam api neraka. Hakikatnya informasi ini perlu lah jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Di dalam usaha kita untuk berdakwah, kita tidak boleh sesuka hati menyebarkan sesuatu informasi yang tidak benar meskipun kita mempunyai niat yang sangat baik untuk mengajak orang kepada kebaikan.

Penyebaran hadis palsu juga semakin banyak di Facebook. Oleh itu, saya menyeru kepada semua agar lebih teliti dan berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu informasi yang berkaitan dengan agama. Ini kerana hujah agama perlu bersandarkan kepada dalil al-Quran dan as-Sunnah. Bahkan Nabi SAW juga telah memberi amaran yang keras kepada sesiapa yang berdusta di atas nama baginda:


إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ ، مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
"Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka."
(Muttafaqun 'alaih)

Adakah benar seorang ayah akan dihumban ke neraka hanya kerana anaknya tidak menutup aurat?
Jawapannya, tiada sebarang dalil yang jelas menyebut tentang permasalahan ini. Akan tetapi isu ini berkait dengan isu tanggungjawab. Si ayah itu akan mendapat dosa sekiranya dia lalai dari tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga iaitu dengan menasihati anaknya supaya menutup aurat atau jika dia lalai dari memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anaknya. Oleh itu, si anak itu memikul dosanya tidak menutup aurat (sekiranya dia tidak jahil), dan si ayah pula memikul dosa lalai dari tanggungjawab. Si ayah itu tidak pula memikul dosa anaknya yang tidak menutup aurat kerana setiap orang memikul dosanya sendiri. Ini bertepatan dengan firman Allah Taala:

"... Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)..."
(Surah al-An'aam 6:164)

Di dalam surah yang lain, Allah berfirman:

"(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya."
(Surah an-Najm 53:38-39)

Kesimpulannya, sudah jelas di dalam al-Quran menyebut tentang permasalahan siapa yang memikul dosa. Umat Islam juga tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum seseorang itu bakal ahli neraka meskipun terdapat banyak dalil yang menunjukkan jika berbuat begitu begini boleh menyebabkan seseorang itu masuk neraka. Dalil-dalil sebegini hendaklah difahami sebagai satu penanda sahaja, kerana urusan hisab amalan dan sebagainya adalah urusan Allah SWT. Oleh itu, urusan syurga dan neraka serahkan hal itu kepada Allah SWT.

Wallahu a’lam.

edited and repost by Qalam Hazim

take from blog Afiqme Mohamad Al Hazm

Comments

Popular posts from this blog

Medan Ilmu Seluas Lautan

Sulung Padamu Ada Amanah

Mulianya bumi Syria…