DR ASRI, UZAR, UST FATHUL BARI :menangkis tomahan kepada pembawa pembaha...

Siapakah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab?

Beliau dilahirkan pada 1703 di Najd, Arab Saudi dan meninggal pada
1792M. Sebagaimana orang lain yang biasanya dilahirkan di dalam keluarga
ulama', beliau mendapat pendidikan agama terawal daripada ayahnya
sendiri Syaikh Abdul Wahab. Seterusnya beliau belajar bersama beberapa
ulama' lain di Madinah termasuklah Syeikh Abdullah bin Ibrahim bin Saif
an-Najdi dan Syeikh Muhammad Hayah al-Sindi.



Kontroversi yang tercetus

Kotroversi yang tercetus adalah kerana gerakan Syaikh Muhammad bin Abdul
Wahab telah dituduh sebagai ekstremis dan sangat keras membid'ah kan
orang. Hakikatnya, gejala khurafat dan syirik berada di kemuncaknya di
zaman beliau dan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab bangkit untuk
membanteras hal ini. Seperti contoh, masyarakat di zaman itu memohon
hajat di makam, Zaid ibn al-Khattab, saudara kandung Umar al-Khattab
yang gugur sebagai syuhada' Yamamah ketika menentang nabi palsu,
Musailamah al-Kazzab. Oleh kerana gejala khurafat dan syirik berlaku di
makam tersebut, makam itu kemudiannya dihancurkan oleh Syaikh Muhammad
bin Abdul Wahab atas bantuan Amir Uyainah, Uthman bin Muammar.



Seterusnya, gerakan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab menghancurkan
beberapa makam lagi yang membawa kepada perbuatan khurafat dan syirik.
Perbuatannya ini mendapat bantahan oleh masyarakat setempat serta
beberapa penguasa. Di antara perbuatan khurafat lain yang berlaku pada
zaman beliau adalah:



  • Memuja pokok-pokok tamar jantan yang besar. Jika seseorang perempuan
    lewat kahwin dia akan pergi ke tempat pokok berkenaan lalu memeluk dan
    memohon hajat daripadanya, seraya berkata: “Hai jantan segala jantan!
    Aku inginkan seorang suami sebelum habis tempoh”.
  • Memuja sepohon pokok dikenali sebagai At-Tarafiyyah, mereka
    bergantungan dan memohon hajat kepadanya dengan menggantungkan tali
    azimat dengan harapan anak mereka akan selamat daripada kejahatan.
  • Memuja sebuah gua di daerah Dir'iyyah yang didakwa terbentuk untuk
    menyelamatkan seorang wanita yang teraniaya, dikenali sebagai Bint
    Al-Amir, lalu mereka memujanya dengan menghantar dan meletakkan makanan
    seperti daging dan roti di dalamnya.
  • Di daerah yang sama terdapat seorang lelaki dikenali sebagai Taj
    yang mendakwa memiliki kedudukan wali, lalu orang ramai bertabarruk
    (mengambil berkat) dengannya dan memohon pertolongan daripadanya kerana
    menyangka dia memiliki kuasa tertentu. Sedangkan lelaki itu dikenali
    dengan tabiat jahat yang bercanggah dengan hukum hakam agama.
  • Kepercayaan dan amalan seumpama ini berjangkit sehingga ke kawasan
    Tanah Haram (Makkah dan Madinah), dimana perkara yang sama dilakukan
    terhadap kubur Ummul Mukminin Maimunah dan Khadijah r.a.. Bahkan jika
    ada penjenayah yang menziarahi salah satu daripada kubur Mahjub atau Abu
    Talib mereka tidak akan menahannya kerana menghormati kubur tersebut.
  • Di Taif berlaku pemujaan terhadap kubur Ibn ‘Abbas r.a. melalui
    upacara berdoa, bernazar dan korban (penyembelihan binatang) di sisinya.
    Ada ulama yang terkejut melihat upacara itu berkata: “Penduduk Taif
    tidak kenal Allah tetapi hanya kenal Ibn ‘Abbas”. Lalu ada yang
    menjawab: “Itu sudah memadai kerana dia (Ibn ‘Abbas) seorang yang
    mengenali Allah”.
  • Di Jeddah berlaku pemujaan terhadap kubur yang dianggap sebagai kubur Hawwa’ Ummul Basyar, hasil rekaan kuncu-kuncu iblis.
  • Perbuatan khurafat juga berlaku di perkuburan Al-’Alawi sekitar
    tahun 1210H, di perkuburan Husain Ibn ‘Ali r.a., ‘Abd Al-Qadir Al-Jilani
    rahimahullah di Iraq dan Ahmad Al-Badawi di Mesir.


Zaman kita hari ini juga masih terdapat pemujaan kubur atau tabarruk di kubur seperti ini. Contohnya seperti:

  • Orang berdoa, memohon hajat dan membuang duit syiling di makam para wali songo.
  • Perbuatan khurafat di Pulau Besar yang dipercayai menempatkan kubur para wali.
  • Orang menghantar surat dan memohon hajat di makam Imam Syafi'e di Mesir.
Perbuatan ini semua adalah perbuatan khurafat dan syirik yang tidak
pernah dikenali di dalam ajaran murni agama Islam ini. Oleh kerana
itulah, Syaikh Muhammad bin Abd Wahab bangkit bagi membersihkan
kerosakan aqidah seperti ini. Akhirnya terdapat sebilangan ulama' dan
masyarakat di zaman beliau menentang usahanya kerana mereka sudah
terbiasa dengan perbuatan bid'ah dan khurafat seperti itu.
Terdapat banyak lagi kisah perjalanan tokoh tajdid ini, tetapi cukuplah bagi saya untuk menjelaskan point utama yang ditohmah bagi menjatuhkan dan memburukkan nama Syaikh Muhammad Abdul Wahab.
Pujian kepada Syaikh Muhammad Abd Wahab oleh tokoh ilmuwan Islam
Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Aulawiyyat memuji
Muhammad bin ‘Abdul Wahhab, dengan berkata: "Bagi al-Imam Muhammad bin
‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi
keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah
mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis
buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit
menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan
gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir).
Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memuji Syaikh Muhammad Abd Wahab dengan
menyebut: "Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang
sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran
yang agung (maksudnya): "Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi
hak-haknya." (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani,
pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan
mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf
al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab pada
kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan
muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan,
bid'ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah
pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang
menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili,
Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58)
Pandangan Dr. Mohd Asri:

Inilah serba sedikit perkongsian mengenai tokoh tajdid Syaikh Muhammad
bin Abdul Wahab. Perlulah kita tanamkan di dalam diri kita tentang sikap
untuk meneliti sesuatu fakta terlebih dahulu dan bersikap adil. Allah
SWT berfirman:



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬
فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ
عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu
seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk
menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum
dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu
(mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah
lakukan."
(Surah al-Hujuraat 49:6)


Wallahu a’lam.



repost by Qalam Hazim...



rujukan:

1. Afiqme Muhammad Al-Hazm

2. Dr Maza

Comments

Popular posts from this blog

Medan Ilmu Seluas Lautan

Sulung Padamu Ada Amanah

Mulianya bumi Syria…