BOLEHKAH JUAL BAUCER BUKU UNTUK DAPAT TUNAI? jum baca...by UZAR
Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum... saat mencuba untuk berkecimpung dalam blogger nie...rasa terdetik niat hati untuk ku nukilkan artikel ilmiah...sekadar sebagai alat untuk perkongsian...tidak pasti adakah yang mengunjungi blog ini...apa yang penting niat IKHLAS untuk berkongsi kepada semua...harap ini jariah yang mampu aku berikan untuk diri mahupun semua masyarakat...
disini, saya cuba re-post artikel berkaitan persoalan yang agak famous...mustahil tak famous kan...Alhamdulillah persoalan ini telah dijawab oleh Naqib,Murshid mahupun guru ana...:-)..gembiranya bila ana berjaya mendapat title sebagai anak murid beliau...bukan nak menunjuk, tapi berkongsi betapa gembiranya kerana atas izin Allah...telah berjaya bersua muka secara langsung dengan beliau...dialah insan bernama Ustaz Dr.Zaharuddin Abdul Rahman dikenali sebagai UZAR...moga bermanfaat...doa ku sentiasa bersama Murshid Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman...
BOLEHKAH JUAL BAUCER BUKU UNTUK DAPAT TUNAI?
Ramai yang bertanya berkenaan menjual baucer buku 1Malaysia dengan sama ada harga yang sama atau harga diskaun.
Pendapat ringkas saya seperti berikut :
a. Perbuatan menjual baucer buku untuk mendapat tunai itu adalah tindakan yang salah, tidak beretika dan memecah amanah dan objektif asal pemberian baucer. Matlamat penciptaan baucer itu adalah untuk ditukar dengan buku, agar pelajar dapat membeli buku keperluan mereka dan meningkatkan ilmu. BUKAN HANYA buku teks wajib di universiti tetapi segala jenis buku yang berfaedah yang lain juga.
b. Berdasarkan penerangan kementerian, fungsi baucer ini adalah “Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing”. Justeru itu, baucer buku itu memegang 'hak untuk memiliki buku, majalah dan alat tulis pada nilai harga yang tercatat di atas baucer’ . Kerana itu, baucer itu sepatutnya TIDAK SAH dan TIDAK LAKU untuk pembelian selain daripada item yang disebutkan. Ia tidak boleh digunakan untuk membeli makanan, minuman, kerusi, atau lain-lain barang secara bebas, ia hanya terhad kepada item yang disebutkan. Justeru kerana itu, saya berpandangan baucer itu mengambil sifat barangan yang disebutkan dalam kebenaran sahaja khususnya buku dan ia bukan 'wang kertas' atau 'matawang' yang boleh digunakan untuk membeli pelbagai perkara secara bebas. Ia berbeza dengan baucer tunai (Aeon Gift Voucher) yang dikeluarkan oleh syarikat Aeon Bhd yang boleh berfungsi sangat hampir seperti matawang yang boleh membeli pelbagai item tanpa halangan, Cuma syaratnya di pasaraya Aeon sahaja. Oleh kerana itu, menjual baucer buku dengan harga yang sama seperti nilai tercatat pada baucer atau secara diskaun adalah seperti menjual buku yang bernilai pasaran RM 50 dengan nilai diskaun RM 45. Maka jika demikian, bagi saya ia bukan riba dan tiada masalah dari sudut kontraknya. Jika ada yang berpendapat bahawa baucer itu seperti wang tunai, maka menjualnya dengan harga lebih rendah adalah riba.
Saya dimaklumkan terdapat pekedai biasa yang menerima baucer itu untuk membeli barangan selain item yang dibenarkan kerajaan. Jika ia ada, saya kira ia masih dalam kes terpencil yang tidak boleh dijadikan hukum am yang mengubah sifat baucer kepada matawang, sebagaimana kaedah Fiqh menyebut:
(العبرة للغالب الشائع لا للقليل النادر)
Ertinya: Pengajaran yang diambil kira adalah yang ghalib (majoriti) dan bukan yang terpencil sedikit. ( Qawaid Fiqhiyyah li zarqa’)
Kesimpulan, tidak dibenarkan menjual baucer buku kerana itu perbuatan tidak beretika dan pecah amanah. Namun jika dijual juga, ia tidaklah sampai tergolong dalam kategori riba. Malah dicatatkan oleh kemenertian juga kluasa 6f yang menyebut ‘Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai. ( rujuk http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/12097-baucar-buku-1malaysia-bb1m.html) Wallahu’alam.

Answred by :
Al fadhil Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman
Presiden MURSHID Malay:aysia,
Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Re-post by:
Qalam Hazim...
Anak Jati Perantau...
Comments
Post a Comment